Wednesday, April 11, 2012

6/4/2012 - IUI

6/4/2012...Entry kali saya nak share pengalaman IUI di HUKM. Kami tiba di Unit MAC pada pukul 8 pg. Selepas daftar terus sarapan di kantin. Selapas sarapan kami menunggu lebih kurang 3 jam untuk jalani prosedur iui. Selama 3 jam menunggu, saya rasa teruja dan seronok bila ada di kalangan patient di situ sudah berjaya concieve. Alhamdulillah...saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Ada pasangan cina di situ seakan-akan tidak percaya yang mereka akan bergelar ibu dan ayah. Adakah saya dan hubby akan rasa saat-saat kegembiraan tu?..Ntahlah...Mudah-mudahan, satu hari nanti Allah swt akan makbulkan permintaanku..Amin..

Pada pukul 11.15 nama saya dipanggil bersama-sama 3 orang patient yang lain. Kami ditempatkan di satu bilik yang sama. Dalam bilik tu ada 3 katil dan di hadang oleh kain yang memisahkan di antara patient. Prosedur dimulakan dengan patient berbangsa Singh. Saya merupakan patient yang terakhir. Perasaan saya saat tu sedikit gementar disebabkan patient berbangsa Singh itu mengerang kesakitan. Pengalaman iui yang dulu tak rasa sakit, tapi sakit ke kali nie...Kaki dan tangan dah mula sejuk..Tapi saya tenangkan hati dengan berselawat...Terdengar Prof kata "kenapa mulakan dengan dia ni, nanti lari patient saya yang lagi 2 orang.."..

Setelah selesai patient ke-2 yang merupakan seorang doktor. Tibalah giliran saya. Saat itu Tuhan saja yang tau perasaan saya. Gementar dan tersangat malu. Mana taknya..Nahhhh...amik kau..semua boleh nampak..malunya....tapi disebabkan berubat dan untuk mendapatkan zuriat dari benih sendiri dan suami tercinta. Saya jauhkan perasaan malu dan gementar. Ketika itu Prof terlanggar kaki saya dan ditanya " aiikkk...sejuknya kaki"...issshhh...buat lawak pulak Prof ni. Kemudian untuk menutup malu, ntah macamana terkeluar soalan yang tidak logik dari saya, "Prof sakit ke?".. Prof menjawab "Ntah, saya tak pernah rasa"..eeeee...geram jugak tapi sebab nak cover malu terima je la lawak Prof tu. Prosedur iui tak lama dalam 5 minit je. Semasa sperm dimasukkan, nurse dan bidan yang ada disitu memberi kata semangat dengan menyuruh saya berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tidak langsung berasa sakit. Kemudian Prof dan nurse2 membantu saya untuk tidak bergerak banyak dan tidur diposisi yang betul (mengiring kekiri disebabkan follicle bagi cycle kali ini di sebelah kiri dengan sebelah kaki diluruskan dan sebelah lagi dibengkokkan). Agak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan untuk iui kali ini.

Selepas 30 minit berehat, saya disuruh ultrasound scan untuk melihat keadaan follicle. Malangnya, follicle masih belum pecah. Disebabkan belum pecah, saya di inject sekali lagi untuk memecahkan telur. Saya berharap semuanya berjalan lancar. Sperm juga bertahan selama 48 jam. Prof juga menyuruh saya dan hubby bersama selepas ini untuk membantu kejayaan prosedur ini.

Untuk ubat, saya dibekalkan dengan Duphaston dan Utrogestan. Ubatan yang sama ketika rawatan ivf yang dulu. Tapi semasa rawatan bersama Dr. Parsanth, saya hanya diberi Duphaston sahaja.Dua ubat itu perlu dimakan 3 kali sehari dan dimasukkan ke vagina 3 kali sehari juga.

Nak share cost iui di HUKM. Bagi prosedur iui RM 550 manakala 2 jenis ubat itu RM 400, total RM 950.

Okla...sambung entry yang akan datang..

Monday, April 9, 2012

4/4/2012 - First appointment

4/4/2012....Entry kali ini saya nak share 1st day appointment di MAC HUKM. 8.15 pg saya daftar di Unit MAC dan petient ke-3 Prof. Zainul. Selepas daftar saya dan hubby sarapan di kantin HUKM. Setelah selesai makan kami terus ke Unit MAC takut-takut nama dah dipanggil. Kami tunggu lebih kurang 3 jam untuk jumpa Prof. tapi dengan perasaan hampa sister memberitahu yang kami akan berjumpa dengan Dr.Kadir kerana Prof. perlu hadiri meeting. Terus mood kurang sebab appointment untuk jumpa Prof. dibuat selama sebulan setengah, aleh-aleh tak dapat jumpa. Sister maklumkan kali ini saja saya jumpa Dr.Kadir, perjumpaan seterusnya bersama Prof. Lega rasa bile dengar penjelesan dari sister.

Pada pukul 11.30 pg nama saya dipanggil. Kami terus masuk dan berjumpa Dr.Kadir. Doktor membaca history dan previous report. Selepas tu beliau membuat history taking terhadap saya. Banyak juga soalan yang ditanya. Setelah selesai membuat report, Dr.Kadir menyuruh kami menunggu Prof.Zainul untuk procedure yang patut kami jalani di sini memandangakan first iui dan first ivf yang lalu gagal. Herrmmm.......tunggu lagi...

Pada pukul 12 tgh Prof turun ke Unit MAC dan nama saya dipanggil sekali lagi. Alangkah terkejutnya kami sampai 3 orang doktor ada disitu untuk membuat keputusan untuk next procedure yang patut saya jalani. Prof. agak surprising dengan kegagalan ivf saya yg lepas kerana umur saya masih muda (belum mencecah 30-an) dan sepatutnya chances kejayaan tinggi dan 3 cycle saya masih menghasilkan hanya 2 telur yang matang. Prof. menyuruh saya jalani vagina scan memandangakan hari ini hari ke-12.

Setelah selesai scan, sekali lagi berjumpa Prof. Prof. maklumkan follicle kali ini sebelah kiri dan membesar dengan elok dan lining juga sudah menebal. Keputusannya, next procedure jalani iui dengan menggunakan natural cycle pada hari Jumaat ini 6/4/2012. Cepat Prof. buat keputusan, hari Rabu 1st appointment, hari Jumaat ni terus dengan iui. Kami agak terkejut tapi kali ni saya hanya berserah dan mengikut flow yang akan terjadi di hadapan. Allah s.w.t Maha Mengetahui...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk umatNya.

Prof. kata "kali nie biar dia pandai2 cari sendiri"...tapi macamna kalau dia masih tak pandai mencari???...Prof kata "kalau tak pandai cari jugak, akan diteruskan dengan ivf/icsi dengan long procedure...

Jadi malam tue saya dibekalkan dengan Ovidrel dan tepat pukul 8 mlm kena cucuk. Hari Jumaat 8 pg saya dah kena ada di sana untuk prosedur iui. Mlm tue hubby ada kerja, nasib baik future doctor ada kat rumah..Jadi my sister la yang tolong inject. Nasib baik.

Okla nanti sambung cite iui pulak ye....