Monday, July 16, 2012

28/6/2012 - Egg Transfer (ET)

8.30 pagi saya dan hubby dah berada di MAC. Saya dimaklumkan prosedur akan dijalankan pada pukul 9.30 pagi. Tapi seperti selalu, Prof Zainul mesti agak lewat. Biasala orang penting mesti bayank tugas yang perlu dibereskan. Walaubagaimanapun, saya dan hubby setia menunggu memikirkan Prof memang banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Beliau merupakan orang pertama di Unit MAC O&G HUKM dan juga deputy dean UKM.

Pada pukul 11.30 pagi baru nama saya dipanggil. Seperti biasa tukar baju dan tunggu giliran. Hari ni ramai jugak patient yang akan buat transfer. Ada yang dengan Dr. Kadir, Dr. Natasha dan Dr. Tam. Pukul 12.30 tgh baru dengar suara Prof. di wad MAC. Saya dah mula berdebar dan dengan harapan giliran saya akan tiba. Tunggu punya punya pukul 1.00 ptg pun nama tak dipanggil lagi. Tiba-tiba Prof paggil nama saya. Prof kata "Abryza tunggu kejap kat sini, saya kena settlekan sorang patient. Dia nak kena operate sebab ovary dia tinggi dan telur dia kena amik sekarang takut nanti lewat pecah. Awak tunggu je kat sini nanti saya turun. Jangan pegi mana-mana". Panjang betul Prof ni pesan. Macam bagi arahan dekat anak dia pulak. So, nak buat macamana tunggu je la. 

Masa tunggu Prof, saya dapat ramai kenalan di MAC. Berbagai jenis bangsa. Ada sorang patient cina pun akan buat ET dengan Dr\. Tam. Dia datang jauh dari Ipoh semata-mata untuk prosedur OPU dan ET. Dari jauh datang untuk usaha dapatkan zuriat. Saya kagum dengan dia. Alhamdulillah, saya tinggal tak jauh dari hospital. Selepas dua patient Dr. Tam selesai jalani prosedur ET. Barulah Prof turun dan panggil saya. Prof "Abryza jom". Hahaha... Lawak jugak Prof ni panggil macam nak pegi shopping. 

Saya terus masuk bilik OT, hubby pun dipanggil sekali untuk tengok hasil embryo yang dah disenyawakan. MasyaAllah, besarnya kuasa Allah. Saya dapat lihat kesemua embryo saya dan hubby yang telah disenyawakan. Waktu tu Prof terangkan pada saya dan hubby gred embryo yang dah terhasil. Ada sembilan kesemuanya yang berjaya disenyawakan dengan sempurna. 3 embryo gred 1 akan dimasukkan dan 6 lagi freeze. Waktu tu saya terkata apa-apa sebab baru pertama kali ini saya dapat lihat sendiri embryo saya dan hubby yang dah terhasil. 

Selepas Prof tunjuk semua embryo, prosedur pun bermula. Dr. Natasaha scan perut saya untuk lihat lebihan follicle samada membesar atau tidak. So, follicle tak besar jadi Prof yakin untuk masukkan 3 embryo. Waktu ni memang malu tapi buat bodoh je. Masa Prof masukkan embryo saya dapat lihat ketiga-tiga embryo saya yang 'cute' masuk dekat dengan dinding uterus. Dr. Natsaha tunjuk pada saya di skrin kesemua embies dah ada dalam rahim saya. Alhamdulillah Ya Allah. Besarnya kekuasaan-Mu. Mudaha-mudahan semuanya dipermudahkan selepas ini dengan izin-Mu. Semasa Prof masukkan kesemua embies saya berselawat di dalam hati agar semuanya dipermudahkan, InsyaAllah.

Selesai saya trasfer, saya tak dibenarkan bergerak. Semuanya dibantu oleh Prof dan staff nurse. Sampai urine pun dikeluarkan oleh Prof. Hihihi... Malu pulak masa ni. Urine memang banyak sebab tahan dekat setengah hari. Penat Prof tadah. Hahaha... Sorry la Prof. Malu.... Malu...

Kemudian, ni la waktu yang paling touching bila selesai je semua, Prof dan semua yang ada dalam bilik OT terus tadah tangan untuk mengaminkan doa yang Prof baca. Selepas Prof baca doa, dia pegang perut saya dan pegang kepala saya dan kata "InsyaAllah semuanya dipermudahkan". Rasa nak menangis tapi tahan je. Dah macam ayah dengan anak.

So, saya direhatkan selama 2 jam kemudian baru boleh balik. Hubby settlekan ubat dan payment. Hari tu saya lah patient yang terakhir dan sampai tutup kedai. Sebelum balik, Prof datang dan tanya semuanye dah settle ke belum. Ada sorang staff nurse cakap kat Prof "Kesian dia Prof, tunggu Prof lama". Prof kata "Takpe" sambil pengang belakang saya.,

Sunday, July 15, 2012

27/6/2012 - Panggilan MAC

Hari ni sakit perut sudah berkurang. Cuma rasa penat saja mungkin disebabkan ubat Carbegolin yang Prof bagi. Ubat ini membantu supaya lebihan follicle tidak membesar untuk mengelakkan OSHH. Dalam pukul 12pm phone berbunyi. Pihak MAC call. Saya terus excited. Embryologist maklumkan daripada 24 follicle yang diambil, 15 follicle yang berjaya di fertilize dan ET akan dilakukan esok 28/6/2012, Khamis (seperti yang dirancang). Alhamdulillah.. Mungkin ada embryo yang boleh di freeze. Embryologist juga pesan untuk sediakan RM1000 untuk embryo feezing. Terima kasih Ya Allah.. Semuanya dipermudahkan.

26/6/2012 - Sakit Perut

Semalam OPU. Malam tadi tak boleh tidur, perut sakit. Perut macam banyak angin dan kembung. Mungkin kesan luka daripada OPU semalam. Bangun pagi terus call MAC dan staff nurse suruh pegi emergency dan bagitahu under treatment ivf Prof Zainul. Hubby terus bawak ke emergency. Di emergency, doktor yang bertugas terus buat pemeriksaan dan scan perut. Daripada pemeriksaan ovary tak bengkak dan takde fluid dalam perut. Mungkin kesan daripada OPU semalam, itu sahaja. Doktor kata "dont worry, everything will be fine and you'll do the transfer". Doktor tu terus call Prof dan maklumkan kepada Prof. Alhamdulillah... Lega rasanya. So, sekarang hanya tunggu panggilan daripada MAC untuk tetapkan tarikh tranfer saja. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. InsyaAllah......

Thursday, July 12, 2012

25/6/2012 - OPU (Egg Collection)

25/6/2012 - Hari ini saya akan jalani prosedur OPU . Saya dan hubby dah berada di MAC pada pukul 8.00 pagi. Prof dah pesan suruh datang awal sebab prosedur pukul 9.30 pagi. Tapi pukul 10.00 pagi pun nama tak dipanggil lagi. Biasa Prof memang selalu busy. Pukul 10.45 pagi baru nama dipanggil oleh staff nurse. Terus tukar baju OT yang warna purple tu dan tangan saya di iv untuk cucuk bius nanti. Lama jugak tunggu, siap baring-baring, sembang dengan pt sebelah katil dan sempat baca yassin dan surah Maryam. Prof turun MAC dalam pukul 11.45. Pukul 12 tgh baru saya dibawa ke bilik OT. Masuk bilik OT saya dibius tidur. Semasa prosedur sedang dijalankan, tiba-tiba saya tersedar. Waktu tu saya rasa macam ada jarum yang menyucuk ovary saya. Saya tahan sakit dan tutup mata. Saya juga dengar semua perbualan mereka. Prof kata "Ok, left 5, right 19"...dan staff nurse pula kata "Prof dah penuh botol ni"..Dr. Natasha pun ada dalam bilik OT dan hiaran macamana kali ni saya boleh hasilkan banyak follicle. Selepas Prof kata "done"..Fuhhhh...lega rasanya. So, follicle yang Prof ambil 24. Alhamdulillah. Saya berdoa agar semuanya berjalan lancar nanti.

Prof. terus luruskan kedua belah kaki saya sebab ingat saya masih tidur Tapi staff nurse bagitau Prof "Takyah Prof, dia dah sedar pun dari tadi dan boleh jalan sendiri". Rupanya staff nurse tau saya dah sedar dari tadi tapi Alhamdulillah saya tak meracau-racau. Setengah orang yang tak tahan sakit sampai meracau-racau dan mintak dibius lagi. So, waktu tu Prof bagitau saya telur saya ada banyak, 24 dan Prof ambil semua . Tapi waktu tu saya agak lalok sebab kesan ubat bius dan saya hanya anggukkan kepala sahaja.

Kemudian, staff nurse memapah saya ke katil. Sampai kat katil yang saya ingat terus tidur lebih kurang 1 jam. Kemudian saya di drip air sebab follicle yang dah diambil agak banyak. Saya juga rasa hauskan sangat sebab dari semalam tak makan, puasa. Staff nurse terus hantarkan air mineral untuk saya. Selepas selesai drip air saya dibenarkan pulang. Saya balik dalam pukul 2.45 petang. So, prosedur seterusnya egg transfer (ET). Mudahan-mudahan follicle yang dah diambil banyak fertilize dengan jayanya. Saya hanya perlu tunggu panggilan dari MAC saja. Selalunya 2 hari selepas OPU baru boleh di transfer kalau. Kali ni saya berdoa agar telur-telur dapat disenyawakan dengan sempurna dan di dalam gred yang terbaik. InsyaAllah....

Sunday, July 8, 2012

22/6/2012 - Last Scan (TVS)

Sampai di MAC terus scan. Hari ni klinik MAC agak kelam kabut sebab boleh dikatakan semua staff nurse bercuti di Kelantan katanya Family Day. Hanya ada embryologist, kerani dan Prof. Zainul sahaja. Scan hari ni menunjukkan kebanyakkan follicle sudah berkembang dengan besar dan sempurna. Ketebalan ET pun sudah tebal dan ok untuk penempelan nanti, InsyaAllah. Kali ni dikedua-dua belah menghasilkan lebih daripada 10 follicles yang berkembang. Terima kasih Ya Allah.

Pukul 12pm baru dapat jumpa Prof. Prof turun agak lewat. Kesian Prof hari ni dialah pakar perunding, dialah staff nurse. Prof suruh saya continue injection puregon dengan dos 250IU dan centrotide untuk hari ni dan esok. Sabtu malam, 23/6/2012 9.30pm cucuk Ovidrel. 24/6 12 tgh malam dah kena berpuasa untuk prosedur OPU pada hari Isnin 25/6/2012......

20/6/2012 - Scan (TVS)

Hari ni scan lagi untuk lihat perkembangan follicle. Alhamdulillah, berkembang dengan elok. Kedua-belah menghasilkan lebih daripada 10 follicles. Ketebalan ET pun elok dan tebal untuk day-9.

Prof. suruh sambung injection dengan dos yang sama untuk 2 hari. Hubby beli ubat di kaunter, inject dan balik semula ke sekolah.

18/6/2012 - Scan (TVS)

Seperti biasa selepas perhimpunan dan kelas W2-3 terus ke MAC bersama hubby. Ambil nombor giliran untuk di scan. Hari ni patient agak ramai berbanding minggu lepas. Biasala Isnin selalunya mesti ramai patient. Setiap kali nak scan saya mesti sedikit berdebar disebabkan pengalaman 1st ivf dimana tiap kali scan follicle mesti makin berkurang dan tidak berkembang. Tetapi kali ni follicle untuk day-7 menunjukkan perkembangan dan saiz pun agak ok. Manakala ketebalan ET pun sesuai dengan harinya. Alhamdulillah.. Mudahan Allah permudahkan segalanya..

Selepas scan, Dr.Mohan surah sambung lagi dos injection selama 2 hari.