Sampai di MAC terus scan. Hari ni klinik MAC agak kelam kabut sebab boleh dikatakan semua staff nurse bercuti di Kelantan katanya Family Day. Hanya ada embryologist, kerani dan Prof. Zainul sahaja. Scan hari ni menunjukkan kebanyakkan follicle sudah berkembang dengan besar dan sempurna. Ketebalan ET pun sudah tebal dan ok untuk penempelan nanti, InsyaAllah. Kali ni dikedua-dua belah menghasilkan lebih daripada 10 follicles yang berkembang. Terima kasih Ya Allah.
Pukul 12pm baru dapat jumpa Prof. Prof turun agak lewat. Kesian Prof hari ni dialah pakar perunding, dialah staff nurse. Prof suruh saya continue injection puregon dengan dos 250IU dan centrotide untuk hari ni dan esok. Sabtu malam, 23/6/2012 9.30pm cucuk Ovidrel. 24/6 12 tgh malam dah kena berpuasa untuk prosedur OPU pada hari Isnin 25/6/2012......
No comments:
Post a Comment