25/6/2012 - Hari ini saya akan jalani prosedur OPU . Saya dan hubby dah berada di MAC pada pukul 8.00 pagi. Prof dah pesan suruh datang awal sebab prosedur pukul 9.30 pagi. Tapi pukul 10.00 pagi pun nama tak dipanggil lagi. Biasa Prof memang selalu busy. Pukul 10.45 pagi baru nama dipanggil oleh staff nurse. Terus tukar baju OT yang warna purple tu dan tangan saya di iv untuk cucuk bius nanti. Lama jugak tunggu, siap baring-baring, sembang dengan pt sebelah katil dan sempat baca yassin dan surah Maryam. Prof turun MAC dalam pukul 11.45. Pukul 12 tgh baru saya dibawa ke bilik OT. Masuk bilik OT saya dibius tidur. Semasa prosedur sedang dijalankan, tiba-tiba saya tersedar. Waktu tu saya rasa macam ada jarum yang menyucuk ovary saya. Saya tahan sakit dan tutup mata. Saya juga dengar semua perbualan mereka. Prof kata "Ok, left 5, right 19"...dan staff nurse pula kata "Prof dah penuh botol ni"..Dr. Natasha pun ada dalam bilik OT dan hiaran macamana kali ni saya boleh hasilkan banyak follicle. Selepas Prof kata "done"..Fuhhhh...lega rasanya. So, follicle yang Prof ambil 24. Alhamdulillah. Saya berdoa agar semuanya berjalan lancar nanti.
Prof. terus luruskan kedua belah kaki saya sebab ingat saya masih tidur Tapi staff nurse bagitau Prof "Takyah Prof, dia dah sedar pun dari tadi dan boleh jalan sendiri". Rupanya staff nurse tau saya dah sedar dari tadi tapi Alhamdulillah saya tak meracau-racau. Setengah orang yang tak tahan sakit sampai meracau-racau dan mintak dibius lagi. So, waktu tu Prof bagitau saya telur saya ada banyak, 24 dan Prof ambil semua . Tapi waktu tu saya agak lalok sebab kesan ubat bius dan saya hanya anggukkan kepala sahaja.
Kemudian, staff nurse memapah saya ke katil. Sampai kat katil yang saya ingat terus tidur lebih kurang 1 jam. Kemudian saya di drip air sebab follicle yang dah diambil agak banyak. Saya juga rasa hauskan sangat sebab dari semalam tak makan, puasa. Staff nurse terus hantarkan air mineral untuk saya. Selepas selesai drip air saya dibenarkan pulang. Saya balik dalam pukul 2.45 petang. So, prosedur seterusnya egg transfer (ET). Mudahan-mudahan follicle yang dah diambil banyak fertilize dengan jayanya. Saya hanya perlu tunggu panggilan dari MAC saja. Selalunya 2 hari selepas OPU baru boleh di transfer kalau. Kali ni saya berdoa agar telur-telur dapat disenyawakan dengan sempurna dan di dalam gred yang terbaik. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment