Sunday, July 15, 2012

27/6/2012 - Panggilan MAC

Hari ni sakit perut sudah berkurang. Cuma rasa penat saja mungkin disebabkan ubat Carbegolin yang Prof bagi. Ubat ini membantu supaya lebihan follicle tidak membesar untuk mengelakkan OSHH. Dalam pukul 12pm phone berbunyi. Pihak MAC call. Saya terus excited. Embryologist maklumkan daripada 24 follicle yang diambil, 15 follicle yang berjaya di fertilize dan ET akan dilakukan esok 28/6/2012, Khamis (seperti yang dirancang). Alhamdulillah.. Mungkin ada embryo yang boleh di freeze. Embryologist juga pesan untuk sediakan RM1000 untuk embryo feezing. Terima kasih Ya Allah.. Semuanya dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment