Pada pukul 11.30 pagi baru nama saya dipanggil. Seperti biasa tukar baju dan tunggu giliran. Hari ni ramai jugak patient yang akan buat transfer. Ada yang dengan Dr. Kadir, Dr. Natasha dan Dr. Tam. Pukul 12.30 tgh baru dengar suara Prof. di wad MAC. Saya dah mula berdebar dan dengan harapan giliran saya akan tiba. Tunggu punya punya pukul 1.00 ptg pun nama tak dipanggil lagi. Tiba-tiba Prof paggil nama saya. Prof kata "Abryza tunggu kejap kat sini, saya kena settlekan sorang patient. Dia nak kena operate sebab ovary dia tinggi dan telur dia kena amik sekarang takut nanti lewat pecah. Awak tunggu je kat sini nanti saya turun. Jangan pegi mana-mana". Panjang betul Prof ni pesan. Macam bagi arahan dekat anak dia pulak. So, nak buat macamana tunggu je la.
Masa tunggu Prof, saya dapat ramai kenalan di MAC. Berbagai jenis bangsa. Ada sorang patient cina pun akan buat ET dengan Dr\. Tam. Dia datang jauh dari Ipoh semata-mata untuk prosedur OPU dan ET. Dari jauh datang untuk usaha dapatkan zuriat. Saya kagum dengan dia. Alhamdulillah, saya tinggal tak jauh dari hospital. Selepas dua patient Dr. Tam selesai jalani prosedur ET. Barulah Prof turun dan panggil saya. Prof "Abryza jom". Hahaha... Lawak jugak Prof ni panggil macam nak pegi shopping.
Saya terus masuk bilik OT, hubby pun dipanggil sekali untuk tengok hasil embryo yang dah disenyawakan. MasyaAllah, besarnya kuasa Allah. Saya dapat lihat kesemua embryo saya dan hubby yang telah disenyawakan. Waktu tu Prof terangkan pada saya dan hubby gred embryo yang dah terhasil. Ada sembilan kesemuanya yang berjaya disenyawakan dengan sempurna. 3 embryo gred 1 akan dimasukkan dan 6 lagi freeze. Waktu tu saya terkata apa-apa sebab baru pertama kali ini saya dapat lihat sendiri embryo saya dan hubby yang dah terhasil.
Selepas Prof tunjuk semua embryo, prosedur pun bermula. Dr. Natasaha scan perut saya untuk lihat lebihan follicle samada membesar atau tidak. So, follicle tak besar jadi Prof yakin untuk masukkan 3 embryo. Waktu ni memang malu tapi buat bodoh je. Masa Prof masukkan embryo saya dapat lihat ketiga-tiga embryo saya yang 'cute' masuk dekat dengan dinding uterus. Dr. Natsaha tunjuk pada saya di skrin kesemua embies dah ada dalam rahim saya. Alhamdulillah Ya Allah. Besarnya kekuasaan-Mu. Mudaha-mudahan semuanya dipermudahkan selepas ini dengan izin-Mu. Semasa Prof masukkan kesemua embies saya berselawat di dalam hati agar semuanya dipermudahkan, InsyaAllah.
Selesai saya trasfer, saya tak dibenarkan bergerak. Semuanya dibantu oleh Prof dan staff nurse. Sampai urine pun dikeluarkan oleh Prof. Hihihi... Malu pulak masa ni. Urine memang banyak sebab tahan dekat setengah hari. Penat Prof tadah. Hahaha... Sorry la Prof. Malu.... Malu...
Kemudian, ni la waktu yang paling touching bila selesai je semua, Prof dan semua yang ada dalam bilik OT terus tadah tangan untuk mengaminkan doa yang Prof baca. Selepas Prof baca doa, dia pegang perut saya dan pegang kepala saya dan kata "InsyaAllah semuanya dipermudahkan". Rasa nak menangis tapi tahan je. Dah macam ayah dengan anak.
So, saya direhatkan selama 2 jam kemudian baru boleh balik. Hubby settlekan ubat dan payment. Hari tu saya lah patient yang terakhir dan sampai tutup kedai. Sebelum balik, Prof datang dan tanya semuanye dah settle ke belum. Ada sorang staff nurse cakap kat Prof "Kesian dia Prof, tunggu Prof lama". Prof kata "Takpe" sambil pengang belakang saya.,
So, saya direhatkan selama 2 jam kemudian baru boleh balik. Hubby settlekan ubat dan payment. Hari tu saya lah patient yang terakhir dan sampai tutup kedai. Sebelum balik, Prof datang dan tanya semuanye dah settle ke belum. Ada sorang staff nurse cakap kat Prof "Kesian dia Prof, tunggu Prof lama". Prof kata "Takpe" sambil pengang belakang saya.,
salam..sis..manakah sambungan nya..nk tau..berjaya ke x..hehehehhe..excited baca..
ReplyDeleteSambubgannya?
Delete